Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Selepas Ditipu RM470k, Lelaki Ini Berjaya Bangkit dan Menjadi Lebih Hebat Lagi!

Imej
Kisah benar ini berlaku kepada seorang lelaki Melayu. . Lelaki ini namanya Khairi. Dahulu dia bekerja di MindValley sebagai Paid Traffic Specialist selama 3 tahun. Ianya sebuah syarikat gergasi dalam dunia internet marketing dan terkenal di seluruh dunia. . . . Di sana, dia telah uruskan akaun pengiklanan yang bernilai lebih RM40 JUTA ! Setelah kumpul duit yang banyak di luar negara, dia kembali pulang ke Malaysia lalu membuat perniagaan secara online. Dia buat bisnes kosmetik. . . Dan dengan kepakarannya dalam bidang Google AdWords serta fb ads, dia mampu mengembangkan bisnes kosmetiknya daripada 0 angka kepada 7 angka dalam tempoh hanya 7 bulan tanpa guna stokis mahupun ejen! . . . . ====== Namun, ====== Kekayaannya itu tidak kekal lama... . . Setelah dia ditipu oleh kawan baiknya sendiri dengan nilai RM470,000 ! Kes dia ditipu ini pernah masuk ke dalam berita Thailand. . . 470k kot, bukannya RM470. . . . Setelah ditipu, dunianya jadi gela

Lelaki Melayu ini Bekerja di Mindvalley, dan Setelah Pulang ke Malaysia, dia Menjadi Lebih Gila Lagi !

Imej
Siapa yang sudah lama berada dalam dunia online marketing, pasti mengenali Mindvalley, sebuah syarikat gergasi dalam dunia online marketing. Syarikat yang cukup besar, dan hanya orang2 yang terhebat saja boleh bekerja dengan syarikat itu. Tapi anda jangan terkejut sebab ada rakyat Malaysia yang pernah bekerja di sana! Dan dia sememangnya terkenal sebagai pakar internet marketing ! Siapa yang dapat tangkap gambar dengannya, memang bertuah la. Orang hebat kan. Sekarang, dia sudah kembali ke Malaysia, mahu bantu orang Malaysia pula buat duit dengan betul selepas lama bermukim di oversea. Dan bila dia berada di Malaysia, dia sebenarnya jadi lebih gila lagi ! Tak nak cakap panjang, anda tengoklah sendiri apa yang dia telah buat dan bantu peniaga online untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Memang respect ! tengok di link ini =>>  khairi like method p/s : setakat ni, inilah program online marketing yang jujur, ikhlas dan berkesan di Malay

Cara Mudah Langsaikan Hutang PTPTN Melalui KWSP

Imej
Pengeluaran Akaun II KWSP Untuk Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Pengenalan Peminjam/ibu bapa peminjam (ahli akaun) boleh mengeluarkan Akaun II KWSP untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman. Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran. Kelebihan Bayaran Balik Melalui Pengeluaran KWSP Boleh menggunakan Akaun II KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran) Tiada had pengeluaran. Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun II masih berbaki. Tiada caj pemprosesan dikenakan Menikmati penjimatan kos upah/pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP Pengeluaran daripada Akaun II peminjam: - Perjanjian pinjaman pendidikan yang ditandatangani pada atau

Pokok Tertinggi di Dunia Kini Ditemui, dan ia Berada Di Sabah !

Imej
Para penyelidik dari University of Cambridfe telah menemui pokok yang tertinggi di dunia, dan pokok itu terletak di Sabah! Dr David Coomes yang mengetuai penyelidikan itu berkata, "ianya mungkin sama tinggi dengan pemegang rekod yang sebelumnya, yang mana membolehkan pokok ini mungkin menjadi pokok yang tertinggi sekali di hutan tropika." Ketinggian pokok ini adalah 89.5 m, iaitu bersamaan dengan 20 bas yg ditegakkan! Dan dengan ketinggian itu juga hampir mengalahkan ketinggian Big Ben. Jom tengok gambar pokok ni !

Inilah Kesannya Bagi Mereka yang Suka Tidur Selepas Bersahur!

Imej
[BAHAYANYA TIDUR SELEPAS SAHUR] Saudaraku.. habis sahur memang mengantuk, tapi jangan langsung tidur ya... Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan. Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di "makan" oleh bakteria jahat --> jumlah bakteria jahat di perut & usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini: anaerob (KURANG oksigen), hasil metabolisme bakteria bersifat asid. Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID - Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh - Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh. - Asid nitrat SANGAT, SANGAT, SANGAT beracun untuk liver (hati) anda! - Liver akan bekerja keras melawan racun. Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini. Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun. Terjadi pen

Wanita Ini Menceritakan Kisahnya yang Terpaksa Bercerai Walaupun Mereka Tidak Pernah Bergaduh

Imej
gambar hanya hiasan Assalamualaikum. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan, sebelum itu, selamat mennyambut bulan Ramadhan semua. Saya bekas penuntut UIA, graduasi pada tahun 2007. Saya baru bercerai dengan suami dua minggu sebelum bulan Ramadhan. Saya redha jika dah tertulis jodoh kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak mengaibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain. Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarikat swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya. Jujur saya kata, ex suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri. Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab ex suami tidak lupa tanggungjawab pada

KAU BUNUH KUCING-KUCING AKU!

Imej
22/5/16: KAU BUNUH KUCING2 AKU! kucing kesayangan ibunya yang amat manja Semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing2 kami. Bukan seekor tapi 3 ekor! Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk warna biru (racun) di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah. racun yang digunakan untuk membunuh kucing2 Pada awalnya kami cuma tersedar seekor saja yang tiba2 berbuih mulut. Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tak lama lepas tu, seekor lagi berbuih mulut nya. Ok, kami yakin ini memang diracun! Terus pergi rumah jiran tersebut, sah memang ada 'umpan'. Masa yang sama jugak seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan tu. Kami bawak kucing tu balik, dan bagi nya minum air kelapa. Namun tak lama lepas tu mulutnya pula berbuih. umpan ikan yang telah dibuang ke dalam longkang Ya Allah, betapa pilunya hati kami me

Ketika Rumah Lain di Apartment itu Terbakar, Rumah Pemuda ini Langsung Tidak Disentuh Api! Inilah Amalan Pemuda Tersebut

Imej
Assalamualaikum w.w. Kejadian ini berlaku di Mesir. Sebuah apartment 5 tingkat mulai terbakar hampir lewat malam malam. Semua penghuni bangunan tersebut sangat terkejut bergegas menyelamatkan diri masing-masing meninggalkan barangan dalam rumah, sehelai sepinggang, dan menyaksikan api dgn maraknya menjilat hampir semua rumah dibangun tersebut. Apabila terbit matahari, bangunan itu masih lagi  terbakar, (lihat gambar). Masing-masing melihat kediaman mereka dan barangan di dalamnya hangus dijilat api. Mereka tak sempat berbuat apa-apa. Tetapi, dgn kuasa Allah.. !! Subhanallah... Rumah no 13, seolah-olah tidak disentuh api.. Sedangkan rumah di atas dan bawahnya juga terbakar dijilat api. Apabila api sudah reda dan berjaya dipadamkan, masing-masing masuk melihat keadaan rumah mereka yg sudah hangus. Tetapi Mohamed and Munir yang tinggal di rumah no. 13, amat terkejut..               Keadaan dalam rumah mereka tidak disentuh !! Ramai sahabat dan jiran  datang utk men

Sewaktu Menyusu Anaknya, Si Ibu Perasan yang Bayinya Mengeras...

Imej
Saya lagi sekali nak share cerita Doktor Qadri yang kita boleh ambil sebagai pengajaran -------------------------------------------------- Minggu lepas CME(continuing medical education) discussed a case in Sabah. A real one. Happened. Recently. Patient had a homebirth. Tapi takde doula la. Terpaksa sebab nearest KK amek masa 4 jam. Tak pernah pergi for antenatal check up sebab tak mampu(walopon lahir dekat an island around Sabah, they are not citizens. IC takde). Memang orang miskin. Jenis kais pagi mkn pagi. Hanya kutip hasil utan dan laut, ternak a few animals. Klinik desa 2 jam tapi tak bukak malam. Disambut oleh sibapa dan bidan tak bertauliah. Alhamdulillah, semuanya selamat, ibu dan anak. Tak kuasa nak lotus birth, itu mmg terpaksa gentle birth, takde delay cord clamping, memang terus cantas. A week after that, out of no where, time tgh nak breastfeed tu si ibu perasan yang anaknya tiba2 je mengeras. Violently. Sampai sakit dia kemam si ibu walaupon takde gigi. On the

Dulu Dicaci Suami Sendiri. Namun Selepas Bercerai, Suaminya Mula Gila Talak. Peguam ini Menceritakan Kisah Sebenarnya

Imej
Kalu janda yg cantik2, mesti org mengata,mase ade suami selekeh,dh jadi janda baru pandai nk melawa. Laki dh lari baru terhegeh hegeh cari gincu. sy nk share satu story client lama sy (ats izin) 1. During hearing case(anak dia),sy kagum sgt,usia dh hampir separuh abad tp body mcm ank dara,bergaya,kulit mulus tegang .setiapkali hadir ke court,ex husband pon xpernah miss datang. At first place sy tak pernah sangka yg diorng dh cerai,ex husband nampak so caring . 2. Sy perasan akak ni selalu je mcm nak marah,buat tak tahu dan tak layan kat ex husband dia(mase tu x tau pon diorng dh cerai) ,tp bile akak ni tengok reaksi sy yg mcm tertanya tanya then dia cakap ,puan nurul jgn salah sangka,akak dh cerai lama dah. 3. I was wow,bagusnye ex husband akak smpai tak pernah miss datang tengok kes anak dia.akak tu cakap,dah gila talak,nak buat mcm mana biar dia rasa. 4. Sy ni selalu puji,akak ni cantik,akak ni bergaya,lembut orgnya,nape akak divorced.the next hearing date,after abes ca

Kenapa Semua Gambar Icon Dalam Whatsap Semua Ke Kiri Kecuali Siput? Ini Jawapannya Dari Rakyat Malaysia yang Genius!

Imej
Anda pernah terfirikan benda ni? Ok, inilah jawapannya daripada seorang rakyat Malaysia yang genius! Atau mungkin dari rakyat Malaysia yang dah tak ada kerja lain? inilah jawapannya! Genius kan rakyat Malaysia 😉

"Encik, tolong, jangan repot kat tokey saya dan guru besar, saya takut kena buang kerja. Macam mana kami hidup."

Imej
RUMAH JAGA SEPARUH DARI HIDUP KAMI (Sekadar satu renungan) Saya persembahkan satu lagi pengalaman sedih saya semasa menjadi pegawai pelajaran daerah utk tatapan kerana lebih ramai orang suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata. Ambillah iktibar. Bukakan hatimu.... Malam itu saya bersama pemandu membuat semakan ke sekolah-sekolah untuk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah. Beberapa sekolah disinggahi. Akhirnya saya sampai di satu sekolah kebangsaan yg di pinggir bandar. Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah,saya turun. Seorang lelaki tua berunifom jaga yg saya jangka 60 an menegur saya. Saya cepat memperkenal diri dan minta memeriksa beberapa perkara. Dia seperti keberatan untuk membenarkan saya masuk ke pondok pengawal, tetapi bila diminta dia beralah. Saya menolak pintu bilik pengawal untuk masuk. Pintu yg ditolak tertampan sesuatu, lalu saya menjengok ke dalam. Ya Allah, seorang remaja perempun belasan tahun sedang tidur beralas

Teknik Mudah Booking Hotel Last Minute Tapi Boleh Dapat Harga Semurah RM1

Imej
Siapa yang suka berjalan? Semua orang pun mesti suka berjalan kan. Tapi salah 1 benda yang korang fikir banyak kali sebelum melancong pastilah... Tapi nak tidur di mana ya? 😕 Jadi saya sebagai orang yg suka booking hotel secara online akan ajar anda cara tempah hotel dengan harga yang amat murah! Bukan guna trivago, agoda mahupun booking.com, tapi kita guna Hotel Quickly Dengan hotel quickly, kita boleh booking hotel semurah RM1 JE! serius! Kalau nak rasa tidur di hotel 5 bintang, RM80 pun boleh dapat dengan aplikasi hotel quickly ni. Tengok la gambar kat atas tu, hotel 4 bintang pun boleh dapat dengan harga RM1 JEEee...😍😱🙌 STEP by STEP Penggunaan HOTEL QUICKLY Muat turun aplikasi HOTEL QUICKLY di google play store atau Apple store Daftar akaun secara PERCUMA melalui akaun facebook anda Selepas berjaya daftar, klik tiga line berperingkat di sebelah kiri atas handphone anda Pergi ke KREDIT dan klik REEDEM VOUCHER Masukkan kod promosi "HADDIN"

Kesalahan Penggunaan MasyaAllah yang Sering Dilakukan oleh Kita

Imej
Penggunaan MasyaAllah, Astaghfirullahhal’azim, SubhanAllah dan Nauzubillah" Penggunaan perkataan MasyaAllah, Astaghfirullahhal’azim, SubhanAllah dan Nauzubillah", sering diletakkan salah pada tempatnya, terutamanya di dalam cerita2/drama2 di dalam TV dan juga di dalam kehidupan seharian. Selalunya kita akan mendengar ungkapan sebagaimana berikut jika kita rasa terkejut bila mendengar atau melihat sesuatu yang negatif, contohnya bila kita dengar orang yang buat maksiat "Masya Allah, kau berjudi?" atau juga bila kita dengar cerita seseorang yang menzalimi ibu bapa, anak, isteri dan sebagainya "Masya Allah, anak apa kau ni, buat begitu kat mak ayah kau" Begitu juga dengan kalimah "Subhanallah." Biasanya jika berlaku perkara yang difikirkan ajaib, takjub dan indah, ungkapan "Subhanallah" akan keluar. Contohnya jika kita dengar orang dapat 20 A1 dalam SPM. "Subhanallah, hebatnya budak tu.." Begitulah kita, jika

5 Faktor Kemenangan Menakjubkan Khairul Idham Dalam Moto3

Imej
Nama Khairul Idham Pawi tiba2 menjadi sebutan selepas beliau menjadi rakyat Malaysia yang pertama memenangi perlumbaan moto3. Satu kemenangan di luar dugaan sehinggakan pihak penganjur sendiri terpaksa mencari lagu Negaraku di saat2 akhir sebelum Khairul naik atas podium! Di sini, kami menulis 5 point yang menjadi kunci kemenangan anak muda dari Kg. Gajah yang baru berusia 17 tahun ini; 1. Tunggangan menakjubkan dengan menggunakan tayar kering sedangkan litar dalam keadaan basah. Semua pelumba menggunakan tayar kering kecuali pelumba Livio Loi (RW Racing GP BV). Jadi kesemua pelumba penunggang dengan berhati-hati kecuali Loi dan Khairul Idham! Sebab itulah di awal perlumbaan, hanya Loi dan Idham sahaja di hadapan, dan bila litar semakin kering, Idham terus jauh meninggalkan pelumba lain! 2. Tubuh kecil. Pernah tengok pelumba motosikal daripada orang kulit hitam? Lihatlah, juara-juara moto GP semuanya berbadan kurus macam Rossi. Idham sememangnya bertubuh kecil dan kurus, mem

Boboiboy The Movie VS Kungfu Panda 3 : Mana Lagi Best?

Imej
Ramai yang kata filem Boboiboy The Movie best sangat. Tapi aku tak tengok. Malah aku memilih menonton Kungfu Panda 3. Boboiboy,  haram nak tengok. Dalam tv yang free pun aku tak tengok. Tapi bila aku tengok review yang kata Boboiboy ni memang best sangat,  aku jadi tak keruan. Akhirnya aku tengok la jugak di wayang. Jadi,  ini adalah review jujur dari aku,  berdasarkan perbandingan antara Kungfu Panda 3 dan Boboiboy The Movie ; 1. Dari segi grafik,  memang Kungfu Panda 3 jauh mendahului. Tapi kira ok la Boboiboy yang bajet pun sikit je. Still grafik dalam filem Boboiboy cantik dan memukau. 2. Audio,  aku pilih Bobiboy. Muziknya memang best dan sesuai dengan perjalanan ceritanya. 3. Jalan cerita,  hampir sama best. Cuma Kungfu Panda 3 pada permulaan cerita agak bosan sikit. 4. Klimaks,  Boboiboy memang terbaik. Mungkin sebab babak pertarungannya yang lebih banyak berbanding Kungfu Panda 3. 5. Humor,  pun aku pilih Boboiboy. Memang serius lawak filem ni. Kungfu Panda 3

Seluk Tangan Ke Dalam Mulut Buaya Perbuatan Khurafat?

Imej
ulamak tu org yg alim.. manakala alim itu bermaksud ..berilmu.. Seluk tangan kedalam mulut buaya ini bukanlah Ritual seperti yang dicanang oleh sesetengah orang yang berangapan cara itu kurafat dan bukan dan bercangah dari ajaran Islam. Dr Maza terdahulu menyetuh perbuatan menyeluk tangan kedalam mulut buaya ini merupakan perbuatan kurafat kerana percaya bahawa dengan melakukan perbuatan itu si penyeluk mendapat hikmah pengubatan. Pada aku sepatutnya Dr Maza lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bergitu kerana beliau sepatutnya mendapatkan penjelasan ataupun pandangan sendiri daripada TGHD kerana aku berpendapat TGHD adalah ahli didalam bidang perubatan islam yang mana Dr Maza tidak mengetahui akan perkara itu. Seperti semua orang Islam sedia maklum saya memberi contoh sekiranya demam kita jadikan Panadol sebagai jalan (kita percaya) untuk menyembuhkan demam dan sememangnya Panadol itu asbab kerana sesunguhnya kuasa penyembuhan hanyalah Dari Allah SWT, dimana peng

Mengapa Kita Mengantuk Ketika Mendengar Khutbah?

Imej
🍹 5 Perkara yang Perlu Anda Ketahui di Hari Jum’at 💥 1⃣ Mengantuk di Masjid pada Hari Jum’at Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Apabila salah seorang di antara kalian mengantuk ketika berada di masjid pada hari jum’at, maka hendaknya ia berpindah dari tempat duduknya kepada tempat yang lainnya.” Dishahihkan Syaikh Al-Albani. Lihat Ash-Shahihah no.468 2⃣ Hari Jum’at kepada Jum’at Berikutnya Adalah Penebus Dosa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Hari jum’at menuju Jum’at berikutnya merupakan penebus dosa yang dilakukan di antara keduanya selama ia tidak melakukan dosa besar.” Lihat Ash-Shahihah no.3623 3⃣ Membaca Surat Al-Kahfi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jum’at, maka ia akan diterangi oleh cahaya sampai jum’at berikutnya.” Lihat Shahihul Jami no. 6470 4⃣ Memperbanyak Shalawat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Perbanyaklah bershalawat kepadaku