Kisah Benar Bagaimana Pak Mail Menjadi Jutawan Dalam Tempoh Yang Singkat

Gambar sekadar hiasan

Abu bekerja di KL. Beliau bekerja bersungguh2 untuk membantu keluarganya di kampung. Sebagai anak sulung, Abu rasa bertanggungjawab untuk membantu keluarganya di kampung, lagi2 ayahnya selalu sakit2. Pesara askar katakan.

Abu memang nekad, selagi dia tak ada kereta dan rumah sendiri, dia tak akan pulang ke rumah.

Selepas hampir 3 tahun berhempas pulas, akhirnya Abu kembali ke kampung halaman bersama kereta Waja yang dibeli secara cash. Nak tunjuk pada penduduk kampung kononnya. Abu siap pakai kot hitam lagi. Memang Abu merasa sudah berjaya, lagi2 dia sudah ada rumah sendiri dan mempunyai simpanan wang di bank sebanyak RM70,000.


Tapi bila Abu sampai di kampung, dia amat terkejut dengan pembaharuan yg ada di rumahnya!

Abu tahu ayahnya, Pak Mail hanya seorang pesara askar. Tapi macam mana ayahnya boleh mengubah rumah kampung usang mereka menjadi istana!

Dan buat Abu lagi terkejut, ayahnya pulang ke rumah dengan membawa kereta Jaguar xf!

"Ayah! Mana ayah dapat duit semua ni? Ayah masuk MLM ke?" Abu memang terkejut. Ingat dia nak kejutkan ayahnya dengan kereta Waja miliknya, rupanya ayahnya yg buat dia terkejut besar!

"Mana ada la," tenang ayahnya keluar kereta.

"Habis?" Abu tak puas hati. Kalau nak kata ayahnya jual tanah, setahu Abu ayahnya mana ada  tanah.

"Ayah ni tiap2 tahun dapat Br1m. Alhamdulillah, duit br1m tu cukup la untuk abah buat rumah banglo dengan beli Kereta Jaguar. Itu pun ada lebih lagi. Kalau kamu nak pinjam duit abah pun, boleh je."

Abu ternganga!


==========

Kesimpulannya...jom le isi br1m. Mana tau dapat angkut Ferrari sebijik ke :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia