5 Restoran Rare yang Best di Alor Star

1. Old Castle

Walaupun di luar restoran ini kelihatan kebaratan dengan binaan istana lama, tapi ia sebenarnya adalah salah 1 restoran Arab yang ada di Alor Setar. Binaannya cantik dan kemas. Makanannya tak la mahal sangat kalau nak compare dengan restoran Arab mewah yang lain. Ia dibuka pada pukul 11am hingga 11.30pm. Dimiliki oleh Tuan Hj. Abdullah, lokasinya di Batu 4, Anak Bukit.



2. D'Dapur Ibuku

Restoran yang penuh dengan sifat tradisional ini terletak berdekatan dengan Masjid Zahir dan Menara Jam. Perbagai jenis makanan ada di sini. Yang best, kita boleh pilih nak makan dalam bilik ber'aircond' ke atau duduk bersila berdindingkan buluh. Best! Restoran ini dibuka pukul 10am hingga 2am.



3. Bite Cafe

Juga berdekatan dengan Masjid Zahir, Bite Cafe adalah restoran western yang cukup terkenal di Alor Setar. Pernah masuk paper, tv pun pernah masuk tau. Harganya pun tak la over mahal sangat. Bercirikan hipster cafe, restoran ini dihiasi dengan barangan antik serta turut menjual tee. Korang try meatball dia, memang best. Cafe ini dibuka dari pukul 6pm hingga 12am.



4. Bendang Kitchen

Nama je bendang, tapi restoran ini terletak di Jalan Pegawai. Restoran ni memang open air. Sambil makan sambil tengok bintang. Tengok sekali pun dah tau kan menu apa yang disajikan di sini. Kalau korang bernasib baik, korang boleh makan sambil mendengar live show persembahan indie music.



5. Kafe Replete

Lagi restoran yang bercirikan hipster cafe. Seperti Bite Cafe, kafe ini juga begitu terkenal sehingga pernah masuk dalam paper. Kafe ini layan diri ya. Macam biasa juga, menu utamanya adalah western food. Lokasinya berhadapan Tesco Mergong, sederet dengan Maybank. Harganya berpatutan, sesuai dengan portion.

Sekian...

Oh ya, jika hangpa ada tau atau nak kongsikan restoran rare lain yang ada di  Aloq Staq ni, kangpa kongsi ya dengan kami di ruangan komen. Tqvm :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia